Thursday, July 14, 2011

SAJAK BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN GURU

MENGGENGGAM KASIH GURU

Sepanjang jalan ilmu yang kau lewati
Kau susuri denai kasih onak duri
kau lalui sawah rasa kotor berdaki
kau redahi lompang jiwa setabah hati
kau temui danau bahagia di hujung diri
kau berhenti di simpang, kecewa menggamit sepi


Menggenggam kasihmu guru
umpama memeluk selautan rindu damai tenang
mengikat segunung salju getar rasanya sarat di ladang ilmu
debar jiwanya berkat membunga restu
gegar citranya hebat meranum kalbu

kerana cinta kasih agungmu guru
bukan terang bulan di malam
kelam pudar cahayanya menyuluh malam
bukan juga sirna mentari di balik gunung sesekali cerah
kemudian mendung
bukan juga lilin membakar diri sudahnya cair di hujung diri
bukan juga kerdip kandil malam
maraknya bersumbu jelaganya hitam


Kerana cinta kasih agungmu guru
mengalir dari air terjun penuh mahsuri
mengalir dari perut gunung penuh maknawi
mengalir dari terjal batu penuh dedikasi
bersatu rasa berpadu jiwa
bertakhta di hati mendukung mutiara
makna dari sungai masin dan tawar
menjunjung citra mulia dari azimat menjadi penawar
mengusung piala berharga sepanjang hayat


kerana cinta kasihmu guru
tetap tenang biarpun di tengah malam
tetap bersinar biarpun mendung hitam
tetap berharga biarpun cair mengunyah derita
tetap menyala biarpun kering minyaknya menelan kecewa
tetap jernih menongkah arus ke muara
biarpun pada hujung jalan bicaranya 
kau belum berjumpa merahnya mutiara 
bersinar seri seribu warna 
atau apa yang kau cari selama ini 
hanya serpihan kaca duka di bawah telapak kaki







Ilham Rasa Anis Abadi.  Teratak Winter Sonata, Jitra, Kedah.

Wednesday, July 13, 2011

Hari Anugerah Cemerlang 2011

Aktiviti Menarik di SK Kodiang

1MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

TEMPAT : KAWASAN SEKITAR SEKOLAH KEBANGSAAN KODIANG
TARIKH : 2 JULAI 2011
PENYERTAAN : GURU, MURID, WARIS, PIBG






Warga SK Kodiang Dan Panorama Sekolah

Kenangan bersama Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman, 
Tn Hj Shahidan b Abd Rahman dengan Pegawai Pendidikan 
Daerah Kubang Pasu Tn Hj Abu Yazit b Zain

Kenangan bersama murid kelas 2 Excellence

PUAS : Bilik Akses SK Kodiang

Bilik Kemahiran Hidup SKK

Makmal Komputer SKK

KEM WAJA DIRI MURID-MURID TAHUN ENAM

AKTIVITI           :   KEM WAJA DIRI :  BADAN CERGAS, MINDA CERDAS 2011.
TEMPAT             :   PUSAT KO KURIKULUM KEM SINGKIR
TARIKH             :   18, 19, 20 APRIL 2011
PENYERTAAN  :   GURU-GURU,AJK PIBG, MURID-MURID TAHUN ENAM.







AKTIVITI BERSENAM MENAMBAHKAN KECERGASAN