Thursday, July 14, 2011

SAJAK BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN GURU

MENGGENGGAM KASIH GURU

Sepanjang jalan ilmu yang kau lewati
Kau susuri denai kasih onak duri
kau lalui sawah rasa kotor berdaki
kau redahi lompang jiwa setabah hati
kau temui danau bahagia di hujung diri
kau berhenti di simpang, kecewa menggamit sepi


Menggenggam kasihmu guru
umpama memeluk selautan rindu damai tenang
mengikat segunung salju getar rasanya sarat di ladang ilmu
debar jiwanya berkat membunga restu
gegar citranya hebat meranum kalbu

kerana cinta kasih agungmu guru
bukan terang bulan di malam
kelam pudar cahayanya menyuluh malam
bukan juga sirna mentari di balik gunung sesekali cerah
kemudian mendung
bukan juga lilin membakar diri sudahnya cair di hujung diri
bukan juga kerdip kandil malam
maraknya bersumbu jelaganya hitam


Kerana cinta kasih agungmu guru
mengalir dari air terjun penuh mahsuri
mengalir dari perut gunung penuh maknawi
mengalir dari terjal batu penuh dedikasi
bersatu rasa berpadu jiwa
bertakhta di hati mendukung mutiara
makna dari sungai masin dan tawar
menjunjung citra mulia dari azimat menjadi penawar
mengusung piala berharga sepanjang hayat


kerana cinta kasihmu guru
tetap tenang biarpun di tengah malam
tetap bersinar biarpun mendung hitam
tetap berharga biarpun cair mengunyah derita
tetap menyala biarpun kering minyaknya menelan kecewa
tetap jernih menongkah arus ke muara
biarpun pada hujung jalan bicaranya 
kau belum berjumpa merahnya mutiara 
bersinar seri seribu warna 
atau apa yang kau cari selama ini 
hanya serpihan kaca duka di bawah telapak kaki







Ilham Rasa Anis Abadi.  Teratak Winter Sonata, Jitra, Kedah.

15 comments:

  1. Guru insan mulia....
    Budinya tak terbalas....
    pengorbanannya dikenang sepanjang hayat...

    ReplyDelete
  2. kata2 yang membakar semangat para guru

    ReplyDelete
  3. Pengorbanan guru sememangnya tiada ternilainya

    ReplyDelete
  4. Siapalah kita tanpa guru kita dulu... terima kasih cikgu...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. guru ibarat lilin..
    mendidik anak didik tanpa jemu...
    syahdunya dengar muzik iringan akak ni..

    ReplyDelete
  7. guru adalah segalanya..lagu pun best,meruntun jiwa..

    ReplyDelete
  8. Sajak yang menyentuh perasaan.

    ReplyDelete
  9. sajak ini penuh bermakna bagi seseorang yang memahami maksudnya.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih semua yang memberi komen membina untuk saya...Pada rakan-rakan guru selamat berbakti dalam dunia pendidikan yang penuh cabaran ini.

    ReplyDelete
  11. Sajak ni memang menyentuh hati dan membakar semangat untuk meneruskan perjuangan sebagai guru.Tahniah untuk KakTa, blog yang menarik.

    ReplyDelete